Article

Pelanggan MSDN Dan TechNet Boleh Memuat-Turun Windows 8.1 Hari Ini

win8

 
Windows 8.1 sedia mencapai fasa RTM sebelum ini, dan semestinya ramai pembangun menantikan pengenalan sistem operasi mereka terlebih dahulu kepada mereka sebelum diperkenalkan kepada umum pada 18 Oktober kelak.

Kini, setelah beberapa komen daripada pembangun, pihak Microsoft telah pun menerbitkan Windows 8.1 kepada para pelanggan saluran MSDN dan juga TechNet, membolehkan mereka menguji dan menyediakan aplikasi mereka sebelum Windows 8.1 dilancarkan kepada umum.

Selain itu juga, bagi pembangun yang menggunakan aplikasi Visual Studio boleh mula memuat turun Visual Studio 2013 RC sekarang yang turut sama diperkenalkan bersama-sama pengenalan Windows 8.1 RTM ini.

Windows 8.1 bakal dilancarkan kepada umum pada 18 Oktober kelak, dimana ia akan menyertakan beberapa kemaskini, termasuk penambahan pada kawalan antaramuka, beberapa aplikasi baru, termasuk beberapa perkara yang lain. Ia akan ditawarkan secara percuma melalui Windows Store kepada para pengguna Windows 8 sedia ada.

Sumber Skynightz

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s